Apa maksud “Trade-in” dan bagaimana prosesnya.

Salam sejahtera dan Assalamualaikum para pembaca blog peroduadealer.com

Apa yang anda faham tentang “trade-in” kereta atau barangan ? maksudnya ialah jual kereta/barangan dengan niat untuk dijadikan sebahagian bayaran bagi kereta/barangan baru. Let say ( contoh) saya ada sebuah kereta lama yang sudah digunakan selama 5 tahun dan masih berhutang dengan pihak bank berbaki 4 tahun lagi. Kereta BezzaX 1.3 (auto) 2016. Harga pasaran terkini ialah 24,000 ( bergantung pada keadaan kereta) Check dengan bank “loan settlement” ialah 28,000.

senario A
Harga pasaran – 24,000
Loan bank – 28,000
berbaki = 4,000

So baki 4k tu pihak pelanggan kena top up barulah kereta boleh dijual, akaun dibank tutup. Manakala loan kereta baru prosesnya berjalan seperti beli kereta baru juga, submit dokumen-dokumen perlu untuk bank proses bagi mendapatkan kelulusan bank. Sebaliknya jika

Senario B
Harga pasaran 24,000
Loan bank 20,000
baki = 4,000

Baki 4k itu boleh la dijadikan downpayment kereta baru atau jika pelanggan buat full loan (kelulusan loan bergantung pada budibicara pihak bank), baki 4k kita refund. Pilihan ialah di tangan pelanggan sendiri.
Bagi yang kereta sudah habis loan.. mudah kerjanya. Duit tradein boleh dijadikan sebagai downpayment kereta baru atau refund. Tiada istilah tukar kereta lepas tu tak happy nak ambil kereta lain .. sambung loan amount baru pada loan kereta yang lama. Perjanjian (agreemen bank) yang dah ditandatangai ialah atas model, harga dan loan yang berbeza tak boleh di “join” kan.

Belilah kereta mengikut keperluan dan poket masing-masing, sebab yang nak gunapakai tu ialah kita selama 9tahun bukan satu tempoh yang singkat. Dalam tempoh pinjaman berlangsung ada banyak lagi keperluan yang tak disangka datang. Orang cakap pakai kereta bukan untuk menunjuk tapi untuk kemudahan bergerak. Sebaik-baiknya nak jual kereta ni ialah selepas 4 atau 5 tahun guna dan pastikan bayaran bulanan tiada tertunggak ini memastikan bila nak jual kelak tak lah kena topup banyak.

Salam berkereta dari peroduadealer.com

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp