Seringkali customer bertanya tentang full loan tapi nak bulanan rendah. Apa maksud “full loan” ? jumlah amount yang ingin dipinjam dari pihak bank mengikut harga kereta yang ingin dibeli. Misal contoh harga:
Axia G auto otr – 36,900
loan full – 36,900
rate bank 3.3% (anggaran rate terkini)
9tahun – 443/sebulan
Ansuran bulanan mengikut loan yang dipohon berserta dgn rate bank. Lain pula jika customer bajet bulanan contoh RM350 sebulan dan kereta idaman ialah Axia G auto. contoh :
Axia G auto otr – 36,900
loan perlu pinjam ialah 28,900
36,900 – 28,900 baki 8,000 ialah deposit yang perlu dikeluarkan oleh customer
9thn – 347/sebulan @ rate 3.3% (rate anggaran)
Tinggi loan dimohon, tinggilah bulanan. Rendah loan dimohon, rendahlah ansuran bulanan anda. Perlu diingat loan bank dipinjam akan dikenakan “interest rate” atau kadar faedah bank.
Jika anda pengguna yang bijak pasti boleh memahami konsep “full loan”. Perlu diingat konsep ” full loan” ialah seperti pakai dulu, bayar kemudian. “Bila bayar tu”? bila nak jual kereta kelak …saya akan sambung tips utk customer yang buat full loan supaya loan cepat habis atau kecilkan ruang berbezaan di artikel akan datang.
Salam perodua ..