Adakah kita memilih kenderaan yang tepat ? Kebiasaan “customer” membeli kenderaan tanpa memikirkan apa yang “saya perlukan ” dan apa yang penting bagi diri dan keluarga. Bajet? jimat petrol? keluasan ? keselamatan ? Saya senaraikan tips yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kenderaan bagi memudahkan anda membuat keputusan mengikut keperluan individu samada yang bujang atau berkeluarga.
- Ketahui bajet anda, ambilkira kos penyelenggara berkala serta petrol yang perlu di isi setiap kali tank habis. Begitu juga dengan pembaharuan insuran dan “roadtax” perlu diambil kira dalam bajet anda.
- Apa yang anda perlukan pada sesebuah kenderaan ? Seringkali customer lupa bertanyakan soalan seperti ini….”adakah ruang dalamannya luas dan selesa”? atau “Adakah ianya dapat menjimatkan petrol”? atau “Adakah ansuran bulanan nya mampu dibayar”? Abaikan rupa atau kuasanya jika anda punya bajet yang minimum.
- Ciri-ciri keselamatan – Beli kenderaan yang punya ciri-ciri keselamatan seperti sistem ABS dan Airbag. Semak jika kenderaan itu mempunyai ” Asean NCap “crash test” and lain-lain ciri keselamatan yang ada. Keselamatan diri dan keluarga adalah lebih penting jika dibandingkan dengan harga kenderaan.
- Ruangan dalaman – Bagi yang punya keluarga pastinya inginkan ruang kenderaan yang luas dan selesa. Pemilihan yang tepat amat penting. Jika tidak ruang atas bumbung mungkin perlu dipertimbangkan. Namun ciri-ciri kebolehubah dan laras ruang dapat diatasi jika anda bijak menggunakan nya.
- Ciri keselamatan bayi – pastikan anda meneliti dengan baik apakah ciri-ciri keselamatan yang ada bagi melindungi keselamatan bayi anda. “Isofix” iaitu tempat duduk bayi kini banyak telah dipasang di kesemua kenderaan bagi menjamin keselamatan bayi anda.
- Jimat petrol – item ini adalah yang paling menjadi perhatian apabila membeli kenderaan. Kaji penggunaan petrol sesebuah kenderaan dengan teliti sebelum membuat keputusan membeli. Dapatkan info dari pengguna yang telah mengguna kenderaan pilihan anda atau boleh semak di forum atau komuniti untuk dapatkan info yang pasti.
- Semak “warranty” kenderaan – sesetengah jenama kenderaan punyai warranty yang berbeza-beza. Kebiasaan 3 tahun, jika lebih dari 3 tahun semak dengan pengeluar samada ianya “extended warranty” dari pihak pengeluar atau pihak ke-3. Dan apa pula pakej nya .
- Pandu Uji – Jika berpeluang melawat showroom, pastikan anda membuat pandu uji kenderaan bersama keluarga. pastikan anda berasa selesa memandu dan keluarga juga merasakannya. Tanyakan pendapat ahli keluarga yang bersama di sesi pandu uji. Contohnya, keadaan aircond atau keselesaan tempat duduk serta ruang kaki, juga keadaan kenderaan ketika bergerak.
- “Performance” – Periksa enjin and dapatkan serba sedikit maklumat tentang kuasa kenderaan. Apakah kemampuan nya untuk membawa penumpang/barang di kawasan berbukit. Jangan lupa lebih berat kenderaan, lebih banyak penggunaan petrol.
Akhir kata jadilah pengguna yang bijak. Tips ini untuk pelbagai golongan penguna yang mana sesuai boleh di praktik kan. Salam sayang …..