Tempahan untuk model terbaru dari Perodua kini telah dibuka hari ini. Teaser telah dilancarkan. Pelancaran rasmi akan berlangsung pada 16hb November 2017.
Yuran tempahan sebanyak RM300.00 beserta salinan ic & lesen diperlukan. Jika tempahan dibuat, loan tidak lulus. Yuran dikembalikan dan RM20.00 dikenakan sebagai yuran pemprosesan.
Model terbaru kali ini dikeluarkan dengan 2 varian iaitu 1.3 & 1.5cc
1.3 varian G (auto/manual)
1.3 Varian X (auto sahaja)
1.5 varian H (auto sahaja)
1.5 varian Advance (auto sahaja)
Berikut adalah Harga tanpa insuran** :
1.3 G manual – 44,300
1.3 G auto – 46,300
1.3 X auto – 48,300
1.5 H auto – 51,800
1.5 Advance auto – 55,300
New features yang ada pada Myvi kali ini ialah enjin EEV / Push start button / ASA (advanced safety assist) / Lampu depan LED dengan fungsi “Auto/Off” & “Follow Me Home”/Built-in Smart tag* (*hanya pada model Advance)
Penjimatan petrol iaitu 1.3 auto = 21.1km/liter. Manakala 1.5 auto 20.1km/liter berbanding Myvi 1.5 lama iaitu 15.4km/liter.
Safety features : 1.3varian 4 airbag / 1.5 varian 6 airbag
Pilihan warna baru juga menarik – Peppermint Green* (1.3 sahaja) & Granite Grey** (1.5 varian sahaja)
Mulakan langkah anda sekarang untuk memiliki MYvi baru ini ..