Blog

Beza Trade-in POV Perodua dengan Used Car

 

img-20170403-wa0044

POV Perodua singkatan untuk “Pre-Own Vehicle” ialah satu jabatan di dalam Perodua Sales Sdn Bhd ditubuhkan atas keperihatian Perodua bagi menjaga kebajikan pelanggan dalam membuat urusan jual beli kenderaan. Kereta lama nak jual ? Urusan telus dan selamat? dengan POV perodua anda terjamin. segala urusan adalah telus dan tak perlu risau dgn penipuan pembelian.Kenapa? haaaaaa…ini saya nak cerita. pernah dengar lepas urusan jual kereta lama selepas 2 ke 3 bulan dpt surat bank atau saman jpj dan sebagainya? pernah alami atau dengar hal ni?

Perodua perihatin akan masalah ini dan tertubuhlah POV department (hanya di perodua branch sahaja). Bagaimana urusan dibuat? Senang ajer ..prosesnya.

  1. Buat appoinment untuk view kereta anda. Ia boleh dilakukan di showroom perodua atau di tempat anda. Valuer kami akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh kenderaan dan dinilai. Harga diberi selepas penilaian masih boleh dirunding berdasarkan keadaan kereta. Siapakah valuer kami ni? Mereka adalah staff perodua yang dilatih dan diiktiraf kepakaran professional nya. Mereka berpengetahuan serta adil dalam membuat penilaian kenderaan. Hasil penilaian akan diserahkan pada ketua jabatan POV untuk rayuan atau kelulusan harga berdasarkan “appraisal” yang dilakukan oleh valuer.
  2. Harga diberi mengikut “harga pasaran” dan sentiasa dikemaskini. Harga “in shaa allah” masih boleh di runding, jangan risau. Saya akan bantu sedaya baik utk berikan anda harga yg adil dan sesuai.

Selepas kereta anda dinilai dan harga telah di persetujui kedua-dua pihak, kereta anda masih boleh guna sehingga kereta baru didaftarkan. Duit kereta trade-in boleh digunakan untuk “downpayment” kereta baru atau “settlement loan”.

img-20170403-wa0029 (Urusan Tukar Milik sedang dilakukan.)

Perodua menggunakan “Sistem Tukar Milik Sementara (STMS) oleh eAuto.my secara online. Memudahkan urusan pelanggan serta perodua. Proses sangat cepat dan mudah pelanggan hanya perlukan Mykad dan jap jari untuk proses ini. Sebaik hak milik sementara telah berukar, tak perlu risau lagi dah…jika kereta anda tiada pembeli baru atau saman polis/jpj jika berlaku selepas ini. Best kan ? Loan kereta dibank pulak akan diselesaikan oleh perodua dalam masa 2 minggu selepas kereta trade-in diserahkan.

Dan yang bestnya …perodua ada valuer diseluruh malaysia kecuali sabah dan sarawak. Jangan risau jika anda bukan berada di KL kerana saya boleh aturkan temujanji dengan valuer kami di mana anda berada. Saya tidak berurusan dengan “used car” luar yang saya sendiri tak pasti kebolehpercayaan mereka dalam urusan jual beli.

Pengalaman saya dengan used car diawal kerjaya saya (masa tu POV belum lagi diwujudkan) sehingga kini masih menjadi “mimpi ngeri” walau pun kes ni sudah lama berlaku. Jadi saya berasa bertuah sekarang dan yakin pelanggan akan rasa lebih terjamin, telus dan selamat berurusan dengan saya dan Perodua.

 

Hi there! Click one of our representatives below and we will get back to you as soon as possible.

Chat with us on WhatsApp